Asas pembiakan klon Klon (biologi sel)

Kebanyakan sel lain tidak boleh membahagikan dirinya buat selama-lamanya kerana selepas beberapa kitaran pembahagian sel, sel berhenti mengekspresikan enzim telomerase. Bahan genetik, dalam bentuk asid deoksiribonukleik (DNA), terus memendek dengan setiap pembahagian sel, dan sel akhirnya berhenti membahagi apabila mereka merasakan DNA mereka tidak boleh dipendekkan tanpa memberi ancaman yang kritikal kepada kelansungan hidup mereka. Walau bagaimanapun, enzim-enzim dalam sel yang "muda" (muda dalam konteks ini bermaksud aktif dan tidak berkaitan dengan faktor usia) ini boleh menggantikan bit-bit ( nukleotida ) DNA yang hilang dalam proses pengklonan sebelum ini. Kebolehan ini membolehkan kitaran pembahagian sel yang hampir tidak terhad. Antara ciri-ciri sel yang "muda" ialah keupayaan untuk mengekspreskan enzim telomerase. Apabila akhirnya banyak sel dihasilkan oleh satu sel, pengembangan klon dikatakan telah berlaku.